Wednesday 4 January 2012

Oh rakan kongsi!

Bila sebut je pasal rakan kongsi ni,, teringat satu ketika dulu. Perjanjian yang terpatri hanya dengan kata-kata. Bak kata orang, janji manusia. Awal2 nya memang sangat teruja, angan2 sampai ke langit tujuh. Satu permulaan baru buat aku dan si dia. Tapi baru je setapak nak melangkah ke depan, janji manusia ni dah jadi lain pulak. Pembahagian sama rata dah jadi tak berapa nak rata. Tambah sadis nya lagi, dituduh pulak menipu wang sejumlah RM25k, bukan 25 hengget ke? Ehh apa kes ni? Inilah manusia, tak pernah merasa syukur dengan apa yang ada. Pengajaran buat diri aku sendiri :-

  • Apa sahaja yang melibatkan wang ringgit, biarlah ada hitam putihnya.
  • Orang yang bermulut manis dan mesra tak semestinya ikhlas tujuannya.
  • Apa sahaja pun tujuan / perancang hidup kita ni biarlah berlandaskan perintah Allah
Dalam permasalahan yang serabut dalam kepala ni, aku tetap bersyukur sebab ada hikmah di sebalik kejadian, ada jalan yang luas di hadapan.  Alhamdulillah, ya Allah semoga aku berada di jalan yang benar.

* kalau buat janji dengan jin tak tahu la pulak macamana yek??

No comments:

Post a Comment