Monday 23 January 2012

Semangat, semangat!

Tahniah buat Lee Chong Wei, yang dah menang lagi baru2 ni.
Wah, aku dengan semangat waja nya, pergi ke kedai sukan beli set badminton. Tanpa membuang masa pergi sewa court kat damansara, ntah   lupa apa nama tempat tu. Warming up ala kadar, bermain dengan semangat waja, tiba-tiba baru masuk 20 minit perut aku dah mengah rasa macam nak terkeluar isi perut. ( sebb sebelum sampai court ni tadi aku bedal semangkuk laksa ) patut ke tak patut??

Tapi aku teruskan jugak perjuangan yang belum selesai ni, main sampai tamat. Fuhh letih. Ini cerita semalam.

Hari ni, tangan kanan aku dari bahu sampai jari jemari sakit, sengal semua ada. Tak tahu la nak kata apa.
Inilah akibatnya kalau buat sesuatu tanpa perancangan & persediaan walaupun sekadar 'main-main' saje.
He he, apa pun memang enjoy.




Wednesday 4 January 2012

Oh rakan kongsi!

Bila sebut je pasal rakan kongsi ni,, teringat satu ketika dulu. Perjanjian yang terpatri hanya dengan kata-kata. Bak kata orang, janji manusia. Awal2 nya memang sangat teruja, angan2 sampai ke langit tujuh. Satu permulaan baru buat aku dan si dia. Tapi baru je setapak nak melangkah ke depan, janji manusia ni dah jadi lain pulak. Pembahagian sama rata dah jadi tak berapa nak rata. Tambah sadis nya lagi, dituduh pulak menipu wang sejumlah RM25k, bukan 25 hengget ke? Ehh apa kes ni? Inilah manusia, tak pernah merasa syukur dengan apa yang ada. Pengajaran buat diri aku sendiri :-

  • Apa sahaja yang melibatkan wang ringgit, biarlah ada hitam putihnya.
  • Orang yang bermulut manis dan mesra tak semestinya ikhlas tujuannya.
  • Apa sahaja pun tujuan / perancang hidup kita ni biarlah berlandaskan perintah Allah
Dalam permasalahan yang serabut dalam kepala ni, aku tetap bersyukur sebab ada hikmah di sebalik kejadian, ada jalan yang luas di hadapan.  Alhamdulillah, ya Allah semoga aku berada di jalan yang benar.

* kalau buat janji dengan jin tak tahu la pulak macamana yek??

Jujur ke dia? Atau aku yang tak ikhlas...

Balik dari jumpa client tadi, sebelum masuk kerumah, nampak satu notis. Ada ceramah agama, lepas maghrib. Ustaz jemputan, daripada jauh nampaknya. Emm boleh join ni, aku pun tengah free.
Ceramah berkenaan isu rumah tangga suami isteri. Boleh la, biasa2 je, cuma tak tahu kenapa butir2 yang ustaz tu sampaikan macam tak lekat dalam kepala hotak aku ni, tapi tiap2 bicaranya mesti di selang seli dgn ayat yang sama : "Saya datang dari jauh, terengganu hendak kesini perlu isi minyak, bukan sedikit. Kalau dekat2 kg sana RM10 pun cukup".
Tapi aku ingat ayat tu diulang 2,3 kali. Habis ceramah hujung penamatnya, dia pesan kat kami pendengar yang hadir, : "Kalau tuan puan nk beli kepok, boleh lepas ishak nanti, saya ada bawa dalam kereta. "
Dalam hati aku kata, mungkin penceramah sukarela...

Tuesday 3 January 2012

korean drama, minat tak?









Rasanya dah lama drama2 korea disiarkan, cuma aku je xde masa nak tengoknya.
Aku mula tertarik nak tengok citer2 korea ni, bila ada satu hari tu, terdengar isu /masalah keruntuhan akhlak disiarkan dlm satu rancangan tv ntah apa aku pun dah lupa.
Mereka mengatakan yang di negara korea keruntuhan akhlak memang dah sampai ke tahap kritikal. Jadi mereka mengambil inisiatif dgn menyiarkan rancangan tv yang menunjukkan akhlak or moral yang baik supaya menjadi contoh pada penonton.
Selama berbelas tahun di jalankan, usaha mereka menunjukkan reaksi positif. 
Aku pun dgn rasa bangganya, pi cari, survey beberapa drama diorang, & aku mula ikut siri2 korean drama kat tv. Hasilnya ,,,,
Memang kebanyakan drama2 yang disiarkan benar2 mempunyai pengaruh besar pada para penonton. Tahniah buat mereka & aku harap kat Malaysia pun akan buat macam tu la patutnya.
Tak payahla nk tiru sangat action movie yg ntah apa2 aku pun tak faham, 
Akibatnya anak2 muda kita ambil contoh negatif dari situ..



Monday 2 January 2012

hu hu..welcome2 untuk aku..

                                         


                                      baru 1st time berbloging, sesuatu yg baru buat aku :)